KARNIVAL MAHABBAH MASJID RIADHUSSOLIHIN SEK 17 – Jom Pakat Turun Ramai-Ramai. Acara-Acara Sukan Yang Akan Berlangsung : Pertandingan Bola Sepak 5 Sebelah (Hubungi Hanif Mohd Hanan – 0126563985), Pertandingan Paintball “War Game” (Hubungi Shafiq Rem Saad – 0177854679), Pertandingan PS2 Winning Eleven (Hubungi Epul Daud – 0193729077 atau Hafsham Hamdan – 0173820100), Pertandingan Dam Haji (Hubungi Faizal Hawzal – 0192822650 atau Sham Aduka – 0122611436) dan Pertandingan Catur (Hubungi Mohd Fadli Zakaria – 0142312370).Penyertaan TERHAD. Siapa cepat dia dapat join. SEBARKAN . SHARE KAN. Moga beri manfaat untuk semua. TQ
Friday, January 11, 2013
Sunday, December 9, 2012
Pertandingan Dam Aji Karnival Sukan MPIC 2012
StoneMaster telah dilantik untuk mengendalikan acara Pertandingan Dam Aji Karnival Sukan MPIC 2012 pada 8 Disember 2012. Untuk tahun ini, Karnival Sukan ini dianjurkan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) di mana acara sukan dalaman termasuk pertandingan dam aji telah diadakan di Dewan Jubli Perak INSPENS Kampus 2.
SM sedang menerangkan sesuatu kepada pemain semasa taklimat sebelum pertandingan dimulakan.
Sebanyak 6 pasukan telah menyertai pertandingan - Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MOPB), Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB), Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC), Lembaga Getah Malaysia (LGM), Lembaga Koko Malaysia (LKM) dan Lembaga Lada Malaysia (MPB).
Pertandingan telah dijalankan dengan format 'double round robin' dengan kawalan masa selama 15 minit setiap pemain.
Wakil-wakil dari agensi yang menyertai pertandingan dam aji menerima hadiah penghargaan dari pihak penganjur.
| SM sedang memerhatikan pemain melakukan gerakan |
Acara pertandingan dam aji berlangsung dengan sangat lancar di bawah pengawasan Mohd Fadli Zakaria AKA StoneMaster.
| Medal gangsa untuk pemenang tempat ke-3 |
| Hebat!!! Juara bertahan - Pasukan MPOB telah menjuarai pertandingan dam aji buat kali ke-4 berturut-turut. |
| SM bergambar bersama kain rentang di hadapan bangunan INSPENS |
Tuesday, November 13, 2012
PERTANDINGAN DAM AJI KARNIVAL SUKAN UNTUK SEMUA 2012
Karnival Sukan Untuk Semua 2012
Jawatankuasa Tetap Adat Resam Melayu, Belia Dan Sukan Selangor
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN
PERTANDINGAN DAM AJI
1.
NAMA
KEJOHANAN
1.1
Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Dam Aji
Karnival Sukan Untuk Semua 2012.
2.
PENGANJUR / PENGELOLA
2.1
Pertandingan ini dianjurkan oleh Jawatankuasa
Tetap Adat Resam Melayu, Belia Dan Sukan Selangor.
3.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua peringkat
umur.
3.2 Setiap peserta yang ingin mendaftar hendaklah
mengisi borang kejohanan yang akan disediakan pada hari kejohanan. Peserta yang
tidak mengisi borang, tidak dibenarkan mengambil bahagian. Peserta boleh
mendaftar awal dengan memberi nama penuh sahaja kepada Encik Muriza Hazrul (017-3473645) / CM
Fadli (014-2312370).
4.
TEMPAT DAN
JADUAL PERTANDINGAN
4.3 25
November 2012 (Ahad)
Pendaftaran :
8.00 pagi hingga 9.00 pagi
Peringkat
Awal : 9.00 pagi
hingga 11.00 pagi
Peringkat
Suku Akhir : 11.10 pagi hingga 12.20 tengahari
Peringkat Akhir : 2.30 hingga 3.40 petang
Yuran penyertaan = RM
10 setiap peserta. Yuran penyertaan boleh dibayar pada hari kejohanan.
Empat peserta yang berjaya memasuki peringkat separuh
akhir akan menerima hadiah wang tunai.
Johan
= RM 400
Naib Johan =
RM 200
Ketiga =
RM 100
Keempat =
RM 100
6.
FORMAT
PERTANDINGAN, PEMBERIAN MATA
DAN PENENTUAN PEMENANG
6.1 Format pertandingan ialah cara KALAH MATI
dimana pemain akan bermain sebanyak 2 kali (warna buah yang berlainan).
Sekiranya SERI maka pemain akan
bermain buat kali ke-3 dengan masa kawalan yang disingkatkan.
6.3 Kawalan
masa ialah 15 minit seorang.Sekiranya selepas 2 kali bermain, keputusan adalah
SERI maka kawalan masa 5 minit seorang akan digunakan untuk tentukan pemenang
di permainan ke-3 dan seterusnya.
6.5
Ketua
pengadil akan dilantik untuk mengendalikan kejohanan ini.
6.6 Pertandingan
akan dijalankan berpandukan kepada undang-undang dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak penganjur
kejohanan. Dalam keadaan tertentu di mana tidak dinyatakan oleh peraturan dalam
kejohanan ini, jika terdapat kekeliruan dan masalah, maka keputusan ketua
pengadil adalah dikira muktamad.
7. PERATURAN PERTANDINGAN
7.1 Pemain hanya dibenarkan menggunakan sebelah
tangan sahaja semasa pertandingan, tangan kiri ataupun tangan kanan.
7.2 Setiap
buah dam yang telah disentuh oleh pemain mesti digerakkan. Jika jari telah dilepaskan
maka pergerakan itu adalah diambil kira dan pergerakan buah dam itu tidak boleh ditarik balik.
7.3 Buah
dam hanya boleh disorong semasa membuat pergerakan ataupun diangkat apabila ‘memakan’
buah dam lawan dan tidak boleh dipegang lama-lama semasa membuat pergerakan atau
‘memakan’.
7.4
Pihak lawan mesti memakan buah dam yang diumpan oleh pemain. Pemain perlu memaklumkan
‘umpanan’ dengan cara menunjukkannya sama ada pihak lawan sengaja atau tidak memakan
buah dam yang diumpan.
7.5 Jika
pihak lawan cuai atau terlupa memakan mana-mana buah dam pemain maka buah dam
pihak lawan boleh dirampas oleh pemain. Permainan tangkap ‘PLUS’ dibenarkan.
7.6 Dalam
keadaan di mana pemain mempunyai dua (2) pilihan untuk memakan, maka hendaklah makan
bilangan buah lawan yang terbanyak. Pihak lawan boleh meminta pemain sama ada memakan bilangan buah
terbanyak atau mengedam buah lawannya mengikut budi bicaranya jika pemain tidak
makan bilangan buah yang banyak. Pihak lawan juga boleh memanggil pengadil
supaya mengarahkan pemain memakan bilangan buah terbanyak sekiranya pemain itu
masih tidak mahu makan bilangan buah yang terbanyak.
7.7 Sekiranya
buah dam yang hendak dimakan itu sama banyak, maka pemain boleh memakan
mengikut budi bicaranya.
7.9 Memakan
buah dam di atas garisan yang sama hanya boleh dilakukan sekiranya ia tidak melanggar
/ makan balik buah dam yang telah dimakan.
7.10 Setiap pemain diberikan 15 minit
seorang untuk setiap perlawanan. Dan 5 minit seorang sekiranya berlakunya
permainan ke-3 antara kedua-dua pemain yang sama di pusingan tersebut. Pemain
dikehendaki menekan butang jam setiap kali membuat sesuatu pergerakan. Ini
adalah untuk mengelakkan pemain kesuntukan masa kerana selalu terlupa menekan
butang jam .
7.11 Dalam mana-mana pusingan, seseorang
pemain akan dikira menang sekiranya lawan menyerah kalah atau masa lawan tamat dahulu.
Walaubagaimanapun, sesuatu perlawanan itu boleh dianggap seri sekiranya jumlah
buah dam tidak mencukupi atau tidak berkeupayaan untuk memenangi perlawanan itu
atau kedua-dua pemain tiada niat untuk memenangi perlawanan itu dan hanya mengharapkan
kemenangan melalui masa tamat. Pengadil berhak menghentikan dan serikan
perlawanan itu.
7.12 Pemain tidak dibenarkan merokok di dalam dewan
pertandingan.
7.13 Pemain tidak dibenarkan mengganggu
pihak lawan dengan kata-kata ataupun tingkah laku.
7.14 Pemain
tidak dibenarkan menggunakan telefon bimbit semasa pertandingan sedang
dijalankan. Telefon bimbit hendaklah di ‘matikan’ atau di dalam mode senyap.
7.15
Sentiasa memastikan kebersihan dijaga di dalam dewan pertandingan.
KARNIVAL SUKAN KPJ HEALTHCARE KE-13 (2012) ACARA DAM AJI@12 SEPTEMBER 2012
Pada 12 September 2012, Karnival Sukan KPJ Healthcare 2012 telah diadakan di INSPEN 2 , bangi. Antara acara sukan yang diadakan ialah acara dam aji. Encik Mohd Fadli bin Zakaria dari Cerdik Catur Enterprise telah dipanggil untuk kendalikan acara dam aji tersebut.
Thursday, May 10, 2012
Keputusan Kejohanan Dam Terbuka Shah Alam @ 5 Mei 2012
Buat pertama kalinya, Cerdik Catur Enterprise telah dilantik untuk mengendalikan Kejohanan Dam Haji (dam aji) terbuka anjuran Persatuan Dam dan Catur Shah Alam yang diadakan di Kompleks Warga Emas Seksyen 24 Shah Alam. Kejohanan ini telah berjalan dengan lancarnya pada hari Sabtu, 5 Mei 2012 dengan disertai oleh seramai 24 orang peserta yang berusia di antara 20 hinggalah mencecah umur 70 tahun.. Sebanyak 6 pusingan telah dijalankan di mana para peserta dikehendaki membuat pergerakan dengan kawalan masa 20 minit setiap seorang.
Ketua Arbiter, Mohd Fadli Zakaria (kiri sekali) sedang memerhatikan permainan dam persahabatan di antara Dato' Imran dengan rakan beliau sebelum pertandingan untuk pusingan ke-2 dimulakan.
| Kejohanan Dam Terbuka Shah Alam 2012 | |||||||
| Organizer(s) : Persatuan Dam Dan Catur Shah Alam & Kelab Warga Emas Shah Alam | |||||||
| Chiefarbiter : Mohd Fadli Zakaria | |||||||
| Town : Kompleks Warga Emas Sek. 24 Shah Alam | |||||||
| Date : 2012/05/05 | |||||||
| Final Ranking | |||||||
| Rank | SNo. | Name | Pts | BH. | SB | Rp | PRIZE |
| 1 | 13 | Mohd Abdah B Abd Rahman | 5 | 24 | 19.50 | 1473 | RM 300 + PIALA PUSINGAN + CENDERAHATI |
| 2 | 8 | Ismail Bin Lela | 5 | 21 | 16.00 | 1473 | RM 200 + CENDERAHATI |
| 3 | 9 | Ismail Bin Rhub | 5 | 20½ | 15.50 | 1473 | RM 100 + CENDERAHATI |
| 4 | 4 | Chua Choon Heng | 4½ | 21½ | 14.00 | 1393 | RM 50 + CENDERAHATI |
| 5 | 10 | Kamar Dani Abu Kasim | 4½ | 20 | 13.00 | 1393 | RM 50 + CENDERAHATI |
| 6 | 14 | Mohd Din B Kanchal | 4 | 18½ | 10.50 | 1325 | RM 50 + CENDERAHATI |
| 7 | 2 | Badrul Halim B Md Sharif | 4 | 18½ | 8.50 | 1325 | RM 50 + CENDERAHATI |
| 8 | 18 | Nazarene Anak Kurung | 3½ | 17½ | 8.75 | 1200 | RM 50 + CENDERAHATI |
| 9 | 6 | Hj. Ibrahim Abu Bakar | 3½ | 13½ | 7.00 | 1257 | RM 50 + CENDERAHATI |
| 10 | 7 | Ismail Ahmad | 3 | 24 | 10.00 | 1200 | RM 50 + CENDERAHATI |
| 11 | 3 | Che Bahas B Hj. Abd Rahim | 3 | 21½ | 8.00 | 1200 | |
| 12 | 19 | Norazman Bin Ahmad | 3 | 19½ | 8.00 | 1200 | |
| 13 | 5 | Hassan Fikri Bin Hj. Hamzah | 3 | 19½ | 6.00 | 1200 | |
| 14 | 20 | Ramli Bin Sari | 3 | 13½ | 4.50 | 1200 | |
| 15 | 23 | Sudarmin Bin Hj. Senan | 2½ | 19½ | 5.25 | 1143 | |
| 16 | 22 | Sahrudin Asmuni | 2½ | 17 | 4.00 | 1051 | |
| 17 | 1 | Abdul Razak Bin Budin | 2½ | 14½ | 4.75 | 1143 | |
| 18 | 24 | Sulaiman Bin Daut | 2 | 19 | 3.00 | 960 | |
| 19 | 21 | Rosni Bin Mat Wan | 2 | 18 | 4.50 | 1075 | |
| 20 | 11 | Michael Tang | 2 | 12½ | 2.50 | 960 | CENDERAHATI (WARGA EMAS) |
| 21 | 17 | Mohd Syazwan Faisal | 1½ | 13½ | 2.00 | 834 | |
| 22 | 12 | Mohamad Raimi B Rahim | 1 | 17 | 2.50 | 1075 | |
| 23 | 15 | Mohd Husaidi Bin Muktar | 0 | 14½ | 0.00 | 400 | |
| 24 | 16 | Mohd Isa Hj. Abu | 0 | 13½ | 0.00 | 400 | |
Subscribe to:
Posts (Atom)







