Pertandingan Dam Aji
Karnival Sukan Untuk Semua 2012
Anjuran
Jawatankuasa Tetap Adat Resam Melayu, Belia Dan Sukan Selangor
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN
PERTANDINGAN DAM AJI
1.
NAMA
KEJOHANAN
1.1
Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Dam Aji
Karnival Sukan Untuk Semua 2012.
2.
PENGANJUR / PENGELOLA
2.1
Pertandingan ini dianjurkan oleh Jawatankuasa
Tetap Adat Resam Melayu, Belia Dan Sukan Selangor.
3.
PENDAFTARAN
3.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua peringkat
umur.
3.2 Setiap peserta yang ingin mendaftar hendaklah
mengisi borang kejohanan yang akan disediakan pada hari kejohanan. Peserta yang
tidak mengisi borang, tidak dibenarkan mengambil bahagian. Peserta boleh
mendaftar awal dengan memberi nama penuh sahaja kepada Encik Muriza Hazrul (017-3473645) / CM
Fadli (014-2312370).
4.
TEMPAT DAN
JADUAL PERTANDINGAN
4.1 Perlawanan akan diadakan di Kompleks Belia
Dan Kebudayaan Negeri Selangor, Seksyen 7, Shah Alam.
4.2
Segala peralatan pertandingan seperti papan
dam, buah dan jam akan disediakan oleh pihak penganjur.
4.3 25
November 2012 (Ahad)
Pendaftaran :
8.00 pagi hingga 9.00 pagi
Peringkat
Awal : 9.00 pagi
hingga 11.00 pagi
Peringkat
Suku Akhir : 11.10 pagi hingga 12.20 tengahari
Peringkat
Separuh Akhir : 12.30 pagi hingga 1.40 petang
Peringkat
Akhir : 2.30 hingga
3.40 petang
5.
YURAN / HADIAH
Yuran penyertaan = RM
10 setiap peserta. Yuran penyertaan boleh dibayar pada hari kejohanan.
Empat peserta yang berjaya memasuki peringkat separuh
akhir akan menerima hadiah wang tunai.
Johan
= RM 400
Naib Johan =
RM 200
Ketiga =
RM 100
Keempat =
RM 100
6.
FORMAT
PERTANDINGAN, PEMBERIAN MATA
DAN PENENTUAN PEMENANG
6.1 Format pertandingan ialah cara KALAH MATI
dimana pemain akan bermain sebanyak 2 kali (warna buah yang berlainan).
Sekiranya SERI maka pemain akan
bermain buat kali ke-3 dengan masa kawalan yang disingkatkan.
6.2 Sekiranya penyertaan adalah sebanyak 16
peserta, maka peringkat awal secara kalah mati akan dijalankan di mana 8 pemain
terakhir akan masuk peringkat suku akhir. Sekiranya 32 peserta mengambil
bahagian maka, peserta akan bermain 2 kali di mana baki terakhir 16 peserta
akan bermain sekali lagi sebanyak 2 kali sehingga mendapat jumlah 8 pemain
terakhir yang akan masuk peringkat suku akhir dan seterusnya.Sekiranya pendaftaran
jumlah peserta tidak mendapat angka tepat peserta yang dikehendaki iaitu 8 atau
16 atau 32 atau 64, maka pihak penganjur akan mengutamakan peserta yang daftar
awal dahulu. Sekiranya terdapat peserta yang melebihi dari jumlah peserta yang
dikehendaki, maka beberapa perlawanan akan dijalankan di peringkat awal supaya
jumlah peserta iaitu 8 atau 16 atau 32 atau 64 diperolehi untuk memulakan
format pertandingan kalah mati hingga peringkat akhir.
6.3 Kawalan
masa ialah 15 minit seorang.Sekiranya selepas 2 kali bermain, keputusan adalah
SERI maka kawalan masa 5 minit seorang akan digunakan untuk tentukan pemenang
di permainan ke-3 dan seterusnya.
6.4 Pemain
yang menang dalam setiap perlawanan akan mendapat 1 markah, jika seri akan mendapat 0.5 markah dan sekiranya
kalah 0 markah.
6.5
Ketua
pengadil akan dilantik untuk mengendalikan kejohanan ini.
6.6 Pertandingan
akan dijalankan berpandukan kepada undang-undang dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak penganjur
kejohanan. Dalam keadaan tertentu di mana tidak dinyatakan oleh peraturan dalam
kejohanan ini, jika terdapat kekeliruan dan masalah, maka keputusan ketua
pengadil adalah dikira muktamad.
7. PERATURAN PERTANDINGAN
7.1 Pemain hanya dibenarkan menggunakan sebelah
tangan sahaja semasa pertandingan, tangan kiri ataupun tangan kanan.
7.2 Setiap
buah dam yang telah disentuh oleh pemain mesti digerakkan. Jika jari telah dilepaskan
maka pergerakan itu adalah diambil kira dan pergerakan buah dam itu tidak boleh ditarik balik.
7.3 Buah
dam hanya boleh disorong semasa membuat pergerakan ataupun diangkat apabila ‘memakan’
buah dam lawan dan tidak boleh dipegang lama-lama semasa membuat pergerakan atau
‘memakan’.
7.4
Pihak lawan mesti memakan buah dam yang diumpan oleh pemain. Pemain perlu memaklumkan
‘umpanan’ dengan cara menunjukkannya sama ada pihak lawan sengaja atau tidak memakan
buah dam yang diumpan.
7.5 Jika
pihak lawan cuai atau terlupa memakan mana-mana buah dam pemain maka buah dam
pihak lawan boleh dirampas oleh pemain. Permainan tangkap ‘PLUS’ dibenarkan.
7.6 Dalam
keadaan di mana pemain mempunyai dua (2) pilihan untuk memakan, maka hendaklah makan
bilangan buah lawan yang terbanyak. Pihak lawan boleh meminta pemain sama ada memakan bilangan buah
terbanyak atau mengedam buah lawannya mengikut budi bicaranya jika pemain tidak
makan bilangan buah yang banyak. Pihak lawan juga boleh memanggil pengadil
supaya mengarahkan pemain memakan bilangan buah terbanyak sekiranya pemain itu
masih tidak mahu makan bilangan buah yang terbanyak.
7.7 Sekiranya
buah dam yang hendak dimakan itu sama banyak, maka pemain boleh memakan
mengikut budi bicaranya.
7.8 Buah
dam tidak boleh diangkat semasa memakan sehingga pergerakan selesai. Ini adalah
untuk memastikan tindakan memakan balik buah dam lawan di atas garisan yang
sama tidak dilakukan oleh pemain.
7.9 Memakan
buah dam di atas garisan yang sama hanya boleh dilakukan sekiranya ia tidak melanggar
/ makan balik buah dam yang telah dimakan.
7.10 Setiap pemain diberikan 15 minit
seorang untuk setiap perlawanan. Dan 5 minit seorang sekiranya berlakunya
permainan ke-3 antara kedua-dua pemain yang sama di pusingan tersebut. Pemain
dikehendaki menekan butang jam setiap kali membuat sesuatu pergerakan. Ini
adalah untuk mengelakkan pemain kesuntukan masa kerana selalu terlupa menekan
butang jam .
7.11 Dalam mana-mana pusingan, seseorang
pemain akan dikira menang sekiranya lawan menyerah kalah atau masa lawan tamat dahulu.
Walaubagaimanapun, sesuatu perlawanan itu boleh dianggap seri sekiranya jumlah
buah dam tidak mencukupi atau tidak berkeupayaan untuk memenangi perlawanan itu
atau kedua-dua pemain tiada niat untuk memenangi perlawanan itu dan hanya mengharapkan
kemenangan melalui masa tamat. Pengadil berhak menghentikan dan serikan
perlawanan itu.
7.12 Pemain tidak dibenarkan merokok di dalam dewan
pertandingan.
7.13 Pemain tidak dibenarkan mengganggu
pihak lawan dengan kata-kata ataupun tingkah laku.
7.14 Pemain
tidak dibenarkan menggunakan telefon bimbit semasa pertandingan sedang
dijalankan. Telefon bimbit hendaklah di ‘matikan’ atau di dalam mode senyap.
7.15
Sentiasa memastikan kebersihan dijaga di dalam dewan pertandingan.