Tuesday, November 13, 2012

PERTANDINGAN DAM AJI KARNIVAL SUKAN UNTUK SEMUA 2012




Pertandingan Dam Aji

Karnival Sukan Untuk Semua 2012

Anjuran

Jawatankuasa Tetap Adat Resam Melayu, Belia Dan Sukan Selangor



UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN DAM AJI

1.    NAMA KEJOHANAN

1.1     Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Dam Aji Karnival Sukan Untuk Semua  2012.

2.     PENGANJUR / PENGELOLA

2.1     Pertandingan ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Tetap Adat Resam Melayu, Belia Dan Sukan Selangor.

 3.      PENDAFTARAN

3.1    Pertandingan ini terbuka kepada semua peringkat umur.

3.2   Setiap peserta yang ingin mendaftar hendaklah mengisi borang kejohanan yang akan disediakan pada hari kejohanan. Peserta yang tidak mengisi borang, tidak dibenarkan mengambil bahagian. Peserta boleh mendaftar awal dengan memberi nama penuh sahaja kepada Encik Muriza Hazrul (017-3473645) / CM Fadli (014-2312370).

4.      TEMPAT DAN JADUAL PERTANDINGAN

     4.1      Perlawanan akan diadakan di Kompleks Belia Dan Kebudayaan  Negeri                    Selangor,  Seksyen 7, Shah Alam.

 4.2   Segala peralatan pertandingan seperti papan dam, buah dan jam akan disediakan oleh pihak penganjur.

4.3           25 November  2012 (Ahad)

            Pendaftaran                          :   8.00 pagi hingga 9.00 pagi     

            Peringkat Awal                     :   9.00 pagi hingga 11.00 pagi


            Peringkat Suku Akhir          :   11.10 pagi hingga 12.20 tengahari

                       Peringkat Separuh Akhir    :   12.30 pagi hingga 1.40 petang

                     Peringkat Akhir                    :   2.30 hingga 3.40 petang

5.     YURAN / HADIAH

Yuran penyertaan = RM 10 setiap peserta. Yuran penyertaan boleh dibayar pada hari kejohanan.


Empat peserta yang berjaya memasuki peringkat separuh akhir akan menerima hadiah wang tunai.

Johan                   = RM 400


Naib Johan         = RM 200


Ketiga                   = RM 100

Keempat              = RM 100


6.      FORMAT PERTANDINGAN, PEMBERIAN MATA DAN PENENTUAN PEMENANG
      6.1   Format pertandingan ialah cara KALAH MATI dimana pemain akan bermain sebanyak 2 kali (warna buah yang berlainan). Sekiranya SERI maka pemain akan bermain buat kali ke-3 dengan masa kawalan yang disingkatkan.



      6.2   Sekiranya penyertaan adalah sebanyak 16 peserta, maka peringkat awal secara kalah mati akan dijalankan di mana 8 pemain terakhir akan masuk peringkat suku akhir. Sekiranya 32 peserta mengambil bahagian maka, peserta akan bermain 2 kali di mana baki terakhir 16 peserta akan bermain sekali lagi sebanyak 2 kali sehingga mendapat jumlah 8 pemain terakhir yang akan masuk peringkat suku akhir dan seterusnya.Sekiranya pendaftaran jumlah peserta tidak mendapat angka tepat peserta yang dikehendaki iaitu 8 atau 16 atau 32 atau 64, maka pihak penganjur akan mengutamakan peserta yang daftar awal dahulu. Sekiranya terdapat peserta yang melebihi dari jumlah peserta yang dikehendaki, maka beberapa perlawanan akan dijalankan di peringkat awal supaya jumlah peserta iaitu 8 atau 16 atau 32 atau 64 diperolehi untuk memulakan format pertandingan kalah mati hingga peringkat akhir.

        6.3  Kawalan masa ialah 15 minit seorang.Sekiranya selepas 2 kali bermain, keputusan adalah SERI maka kawalan masa 5 minit seorang akan digunakan untuk tentukan pemenang di permainan ke-3 dan seterusnya.



         6.4  Pemain yang menang dalam setiap perlawanan akan mendapat 1 markah,  jika   seri akan mendapat 0.5 markah dan sekiranya kalah 0 markah.
  6.5    Ketua pengadil akan dilantik untuk mengendalikan kejohanan ini.
      6.6   Pertandingan akan dijalankan berpandukan kepada undang-undang dan  peraturan yang ditetapkan oleh pihak penganjur kejohanan. Dalam keadaan tertentu di mana tidak dinyatakan oleh peraturan dalam kejohanan ini, jika terdapat kekeliruan dan masalah, maka keputusan ketua pengadil adalah dikira muktamad.
7.    PERATURAN PERTANDINGAN
7.1  Pemain hanya dibenarkan menggunakan sebelah tangan sahaja semasa pertandingan, tangan kiri ataupun tangan kanan.
        7.2  Setiap buah dam yang telah disentuh oleh pemain mesti digerakkan. Jika jari telah dilepaskan maka pergerakan itu adalah diambil kira dan pergerakan buah dam itu  tidak boleh ditarik balik.
        7.3  Buah dam hanya boleh disorong semasa membuat pergerakan ataupun diangkat apabila ‘memakan’ buah dam lawan dan tidak boleh dipegang lama-lama semasa membuat pergerakan atau ‘memakan’.
        7.4  Pihak lawan mesti memakan buah dam yang diumpan oleh pemain. Pemain perlu memaklumkan ‘umpanan’ dengan cara menunjukkannya sama ada pihak lawan sengaja atau tidak memakan buah dam yang diumpan.
        7.5    Jika pihak lawan cuai atau terlupa memakan mana-mana buah dam pemain maka buah dam pihak lawan boleh dirampas oleh pemain. Permainan tangkap ‘PLUS’ dibenarkan.
        7.6    Dalam keadaan di mana pemain mempunyai dua (2) pilihan untuk memakan, maka hendaklah makan bilangan buah lawan yang terbanyak. Pihak lawan boleh meminta    pemain sama ada memakan bilangan buah terbanyak atau mengedam buah lawannya mengikut budi bicaranya jika pemain tidak makan bilangan buah yang banyak. Pihak lawan juga boleh memanggil pengadil supaya mengarahkan pemain memakan bilangan buah terbanyak sekiranya pemain itu masih tidak mahu makan bilangan buah yang terbanyak.
        7.7    Sekiranya buah dam yang hendak dimakan itu sama banyak, maka pemain boleh memakan mengikut budi bicaranya.



       7.8    Buah dam tidak boleh diangkat semasa memakan sehingga pergerakan selesai. Ini adalah untuk memastikan tindakan memakan balik buah dam lawan di atas garisan yang sama tidak dilakukan oleh pemain.
        7.9    Memakan buah dam di atas garisan yang sama hanya boleh dilakukan sekiranya ia tidak melanggar / makan balik buah dam yang telah dimakan.
         7.10  Setiap pemain diberikan 15 minit seorang untuk setiap perlawanan. Dan 5 minit seorang sekiranya berlakunya permainan ke-3 antara kedua-dua pemain yang sama di pusingan tersebut. Pemain dikehendaki menekan butang jam setiap kali membuat sesuatu pergerakan. Ini adalah untuk mengelakkan pemain kesuntukan masa kerana selalu terlupa menekan butang jam .
         7.11 Dalam mana-mana pusingan, seseorang pemain akan dikira menang sekiranya lawan menyerah kalah atau masa lawan tamat dahulu. Walaubagaimanapun, sesuatu perlawanan itu boleh dianggap seri sekiranya jumlah buah dam tidak mencukupi atau tidak berkeupayaan untuk memenangi perlawanan itu atau kedua-dua pemain tiada niat untuk memenangi perlawanan itu dan hanya mengharapkan kemenangan melalui masa tamat. Pengadil berhak menghentikan dan serikan perlawanan itu.
         7.12  Pemain tidak dibenarkan merokok di dalam dewan pertandingan.
         7.13 Pemain tidak dibenarkan mengganggu pihak lawan dengan kata-kata ataupun tingkah laku.
         7.14 Pemain tidak dibenarkan menggunakan telefon bimbit semasa pertandingan sedang dijalankan. Telefon bimbit hendaklah di ‘matikan’ atau di dalam mode senyap.
         7.15  Sentiasa memastikan kebersihan dijaga di dalam dewan pertandingan.

PERTANDINGAN DAM AJI KARNIVAL SUKAN UNTUK SEMUA 2012 @ 25 NOVEMBER 2012 (AHAD)





SUKAN PENGUATKUASA PIHAK BERKUASA TEMPATAN NEGERI SELANGOR 2012 (SUKASA) ACARA DAM AJI @ 20 OKTOBER 2012





 
 


 

KARNIVAL SUKAN KPJ HEALTHCARE KE-13 (2012) ACARA DAM AJI@12 SEPTEMBER 2012

Pada 12 September 2012, Karnival Sukan KPJ Healthcare 2012 telah diadakan di INSPEN 2 , bangi. Antara acara sukan yang diadakan ialah acara dam aji. Encik Mohd Fadli bin Zakaria dari Cerdik Catur Enterprise telah dipanggil untuk kendalikan acara dam aji tersebut.