Wednesday, June 8, 2016
Sunday, April 10, 2016
Wednesday, October 2, 2013
SELESAI KENDALIKAN PERTANDINGAN CATUR & DAM AJI DI SUKAN SUPKEP DI LGM SG BULOH@1 OKT 2013
Selesai kendalikan catur & dam aji di Sukan SUPKEP di Lembaga Getah Malaysia (LGM) , Sungai Buloh pada 1 Oktober 2013 dari jam 9 pagi hingga 3 petang..Tiap-tiap bulan mesti ada aktviti catur & dam aji yang CM Fadli kena kendalikan..untuk badan-badan berkanun dan swasta..Dimuatkan beberapa gambar menarik semasa aktiviti ini dijalankan.
CM Fadli bergambar di hadapan banner yang besar di mana aktiviti sukan SUPKEP akan diadakan pada 1 hingga 5 Oktober 2013. Catur dan dam aji diadakan pada 1 oktober sahaja dan CM Fadli kena kendalikan kedua-dua permainan tersebut.
CM Fadli sedang memberi sedikit taklimat mengenai peraturan dan undang-undang permainan catur dan dam aji kepada peserta yang mengambil bahagian nanti.
Pertandingan catur dan dam aji sedang dijalankan
CM Fadli sedang pantau perjalanan permainan dam aji
Peserta sedang bermain catur
Permainan dam aji
CM Fadli kena kendalikan 2 permainan iaitu catur dan dam aji di sukan SUPKEP 2013
Medal yang bakal dimenangi oleh peserta catur dan dam aji
Friday, January 11, 2013
KARNIVAL MAHABBAH MASJID RIADHUSSOLIHIN SEK 17, SHAH ALAM @24 JANUARI 2013 (KHAMIS)
KARNIVAL MAHABBAH MASJID RIADHUSSOLIHIN SEK 17 – Jom Pakat Turun Ramai-Ramai. Acara-Acara Sukan Yang Akan Berlangsung : Pertandingan Bola Sepak 5 Sebelah (Hubungi Hanif Mohd Hanan – 0126563985), Pertandingan Paintball “War Game” (Hubungi Shafiq Rem Saad – 0177854679), Pertandingan PS2 Winning Eleven (Hubungi Epul Daud – 0193729077 atau Hafsham Hamdan – 0173820100), Pertandingan Dam Haji (Hubungi Faizal Hawzal – 0192822650 atau Sham Aduka – 0122611436) dan Pertandingan Catur (Hubungi Mohd Fadli Zakaria – 0142312370).Penyertaan TERHAD. Siapa cepat dia dapat join. SEBARKAN . SHARE KAN. Moga beri manfaat untuk semua. TQ
Sunday, December 9, 2012
Pertandingan Dam Aji Karnival Sukan MPIC 2012
StoneMaster telah dilantik untuk mengendalikan acara Pertandingan Dam Aji Karnival Sukan MPIC 2012 pada 8 Disember 2012. Untuk tahun ini, Karnival Sukan ini dianjurkan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) di mana acara sukan dalaman termasuk pertandingan dam aji telah diadakan di Dewan Jubli Perak INSPENS Kampus 2.
SM sedang menerangkan sesuatu kepada pemain semasa taklimat sebelum pertandingan dimulakan.
Sebanyak 6 pasukan telah menyertai pertandingan - Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MOPB), Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB), Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC), Lembaga Getah Malaysia (LGM), Lembaga Koko Malaysia (LKM) dan Lembaga Lada Malaysia (MPB).
Pertandingan telah dijalankan dengan format 'double round robin' dengan kawalan masa selama 15 minit setiap pemain.
Wakil-wakil dari agensi yang menyertai pertandingan dam aji menerima hadiah penghargaan dari pihak penganjur.
| SM sedang memerhatikan pemain melakukan gerakan |
Acara pertandingan dam aji berlangsung dengan sangat lancar di bawah pengawasan Mohd Fadli Zakaria AKA StoneMaster.
| Medal gangsa untuk pemenang tempat ke-3 |
| Hebat!!! Juara bertahan - Pasukan MPOB telah menjuarai pertandingan dam aji buat kali ke-4 berturut-turut. |
| SM bergambar bersama kain rentang di hadapan bangunan INSPENS |
Subscribe to:
Posts (Atom)

















